Kelas Membuat Akaun Email & Facebook dan Kempen KDB
4 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Membuat Akaun Email dan Facebook serta Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada penggunaan e-mel dan facebook. Selain itu, mereka turut diajar cara membuat dan menggunakan akaun e-mel dan facebook mereka.
Akhir sekali, mereka dididik tentang panduan keselamatan melayari internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat dan tayangan video KDB yang diadakan.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: